Friday, 13 September 2013

 CABANG DAN CABARAN

Inilah kehidupan
Setiap cabang ada cabang
Dalam menempuh cabaran ada cabaran
 


Tabah mengharung cabaran.


Akan temui titik hentian.





Sunday, 23 December 2012

KENTANG LENYEK DAN KUAH CENDAWAAN BUTANG


Assalamualaikum,
Tahniah buat si angah. Keputusan PMRnya diluar jangkaan. Syukur, dia dapat mengharungi PMRnya di saat ayahnya di CCU. Syukur, kerana  si angah tak terlalu bergantung pd uminya. 

Banyak betul peristiwa November dan Disember tahun ini. Ada kelapangan akanku update. Resepi Kentang Lenyek ni hadiah daripada teman buat en.Suami yg tak berselera makan selepas keluar hospital.


Kentang Lenyek
5 biji kentang-kupas kulit
½ cwn susu cair/susu segar
1 sudu butter
Serbuk lada hitam sesucukup rasa

Cara

Cuci kentang. Potong 8. Rebus sampai empuk.
Dah empuk, toskan air rebusan. Lenyek kentang .
Tuang susu, butter dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
(aku guna kentang dlm kotak. Cepat empuk)

Kuah
1 tin cendawan butang
1 biji bwg besar – cincang halus
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap pekat (Tamin pun boleh)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar  tepung jagung
½ cwn air

Cara
Kisar cendawan dgn airnya sekali.
Tumis bwng besar sampai layu. Tuang cendawan kisar. (Tambahkn ½ tin air ).
Bubuh sos tiram, sos lada hitam, kicap. Kacau rata sampai mendidih.
Bancuh tepung jagung dgn air n tuang dalam kuah cendawan.
 Kacau sehingga pekat. Tutup api n hidangkan.
(Tambah garam kalau tak cukup rasa masin)

    
gambar: ikhsan en.google

Wednesday, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum warah matullah,

Telah melangkah kita ke tahun baru Hijrah. Alhamdulillah.
Apa yang kita harapkan pada tahun ini, semoga hasilnya terbaik dan mendapat barokah drpd Allah Taala.




Sunday, 23 September 2012

TIADA BAHU UNTUK TUMPANG MENANGIS

Assalamualaikum,
Buat kesekiannya aku menulis.

Dalam dada penuh rasa sebak
Susah dan payah, gundah dan gulana
Tiada siapa buat sandaran
Menangis sendirian dalam diam

Walau ramai
Walau meriah
Rasa sunyi menyelubungi hati
Tiada siapa buat sandaran
Hanya bergumam dalam diam

Ya, Tuhan,
Andai ini balasan buat khilaf silamku
Tak termampu aku menanggungnya
Ampuniku ,ya Tuhan
Ya Rabbal alamin...





Monday, 18 June 2012

Assalamualaikum warahmatullah,

Dah pertengahan Jun. Cuti sekolah dah lama berlalu. Tak lama lagi nak sambut bulan Ramadhan. Segala hutang Ramadhan tahun lepas, dah selesai?

Seminggu lagi, che`leen masuk dah semester 3 di ipgm. Bunyinye macam kejap je. Tapi nak mengharungnya cukup seksa. Moga Allah permudahkan segala urusan. InsyaAllah. Sem 3, kelas dari pukul 8 pagi sampai 7 malam. Mesti lemau...

Sekarang ni  sedang sibuk dengan segala macam Band Kssr. Banyak betul kertas. Bukan ke disebut dulu KSSR - papar less..? Mulai penggal ke 2 ni, tiap bulan ada penilaian (balik asal mcm dulu2).

Hmm..

Saturday, 14 April 2012

ULANG KAJI

AsSalam..
Dah masuk minggu ulang kaji. Mencari-cari soalan-soalan ujian lepas yang boleh membantu..dah terjumpa ini..

Contoh soalan-soalan lepas BMM3103

1. Pengukuran merujuk kepada
(A) Sebanyak mana skor yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan
untuk menguji pelajar.
(B) ujian dalam bentuk bahan bertulis atau bercetak yang telah dibentuk
oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran bahasa.
(C) ukuran yang diberi secara numerik kepada ujian yang diberi kepada
pelajar untuk menguji perkembangan prestasi pelajar
(D) istilah pengujian yang merujuk kepada item-item tertentu yang diuji
kepada pelajar untuk menggredkan mereka dalam tahap seterusnya.

2. Guru menyuruh pelajar melakar kembali perjalanan cerita dalam bentuk
grafik. Aras kemahiran kognatif yang dipilih ialah aras

(A) pengetahuan
(B) pemahaman
(C) aplikasi
(D) analisis

3. Dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom, aras kesukaran dibahagikan kepada tiga kategori. Pilih pernyataan yang paling betul berkaitan aras Taksonomi Bloom.
(A) Aras Kemahiran Pengetahuan berada pada tahap mudah
(B) Aras kemahiran Sintesis dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sukar
(C) Aras kemahiran Aplikasi dan aras kemahiran Analisis berada pada tahap sederhana
(D) Aras kemahiran Pengetahuan dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sederhana


4. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai maklumat berikut. Pilih pernyataan yang betul mengenai JSU.
I Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
II Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
III Pemberatan peratus soalan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah masa mengajar dan kepentingan
sesuatu kemahiran itu diajar.
IV Item kesukaran ditentukan terlebih dahulu berdasarkan kedudukan kelas pelajar.

(A) I dan II sahaja
(B) I dan III sahaja
(C) II dan III sahaja
(D) II dan IV sahaja

5. Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) berfungsi sebagai panduan kepada guru dalam membina soalan.
Pilih pernyataan yang betul mengenai kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian .
(A) Soalan objektif lebih banyak daripada soalan bentuk struktur
(B) Menentukan jumlah soalan yang sesuai untuk murid yang lemah.
(C) Memberi panduan memberi markah kepada keputusan peperiksaan murid.
(D) Memberi panduan untuk membentuk soalan peperiksaan dan format ujian yang sesuai

6.
• Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama
• Ujian jenis ini akan dapat menguji pelajar dengan memberi lebih banyak soalan kepada pelajar.

Pernyataan di atas merujuk kepada ujian jenis
(A) objektif
(B) sumatif
(C) formatif
(D) Subjektif

7. Pilih pernyataan yang benar mengenai Ujian subjektif
I Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan
II Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara bertulis
III Tindak balas pelajar mungkin tindak balas bebas atau tindak balas terhad
IV Soalan memerlukan pelajar menguasai semua sukatan pelajaran yang telah dipelajari
(A) I dan II sahaja
(B) I dan IV sahaja
(C) I,II dan III sahaja
(D) II,III dan IV sahaja.

8. Ujian Formatif dijalankan untuk

(A) Menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai kemahiran
(B) Menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran
(C) Menguji kebolehan bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi . bacaan dan kefahaman
(D) Menguji kemajuan dan kefahaman pelajar dalam semua kemahiran . . yang telah diajar sepanjang tahun lalu.

9. Ujian yang dibina untuk menguji kemahiran murid yang melibatkan semua kemahiran dan aspek bahasa.Ujian dilaksanakan pada akhir semester.
Pernyataan ini merujuk kepada ujian

(A) sumatif
(B) formatif
(C) akhir kursus
(D) penentuan kecekapan

10. Ciri-ciri penilaian adalah seperti berikut;

• menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.
• menilai perkembangan dalam satu tempoh tertentu
• menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan
• Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

Penilaian di atas merujuk kepada;
(A) Penilaian melalui Projek
(B) Penilaian melalui Portfolio
(C) Penilaian melalui Pemerhatian
(D) Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

11. Berikut adalah ciri-ciri portfolio.

• Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
• Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.
• Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
Jenis portfolio di atas ialah portfolio

(A) hasil
(B) kerja
(C) harian
(D) dokumentari

12. Guru boleh menilai kemahiran berbahasa dalam berbagai kaedah.
• Murid memberi respon sepontan
• Murid memberi respon dengan teratur dan lancar
• Murid memberi alasan yang logik

Penilaian kemahiran dalam pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran
(A) bertutur
(B) menulis
(C) membaca
(D) mendengar

13.
• Guru memperdengarkan petikan rakaman berita radio
• Murid mengulas rakaman berita dalam kelas
• Murid memberi pendapat
Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk
(A) mengukur tahap pendengaran murid
(B) menguji kemahiran murid mengingat petikan
(C) menguji kemahiran murid mendengar petikan dengan teliti
(D) menguji kebolehan murid memberi pendapat dengan perkataan sendiri

14. Langkah-langkah pengajaran

Langkah I : Guru mendemonstrasikan aksi berasaskan dialog,
murid memerhati, mendengar dan memahami
dialog.
Langkah II : Lakonan berpasangan atau berkumpulan secara
bergilir-gilir. Ulangi lakonan dan aktiviti pengukuhan
Langkah III : Latihan pengukuhan dan kemahiran
Langkah IV : Rumusan

Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk
(A) menguji kebolehan murid bertutur secara bebas
(B) menguji kebolehan murid beraksi dengan arahan guru
(C) Mengggalakan murid bertutur secara bebas berdasarkan kefahaman dan latih tubi mendengar bertutur
(D) menggalakan murid beraksi dengan arahan guru berdasarkan kepada kumpulan atau pasangan yang ditetapkan.

15. Guru menguji kemahiran membaca muridnya dengan memberi bahan
rangsangan yang dipetik daripada surat khabar.
Aspek yang ditekankan dalam menilai kelancaran bacaan muridnya ialah
(A) bacaan laju mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(B) bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(C) bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.
(D) bacaan perlahan, mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.

16. Penilaian kemahiran membaca yang dinilai dalam situasi di atas ialah aspek...
(A) kelancaran
(B) kefahaman
(C) kesantunan
(D) suara dan intonasi

17. Guru memberi tugasan kepada pelajar agar dapat menyenaraikan kata kerja daripada petikan teks yang dibaca.
Tujuan guru berbuat demikian adalah untuk menilai
I kemampuan murid membaca
II kemampuan murid memahami bahan bertulis
III kepekaan murid mendengar arahan lisan daripada guru
IV kebolehan murid mengesan maklumat daripada teks
(A) I dan II sahaja
(B) I dan III sahaja
(C) I,II dan III sahaja
(D) II,III dan IV sahaja

18. Hasil karangan yang cemerlang akan memberi penekanan kepada aspek
berikut;

I idea yang relevan
II. bahasa yang gramatis
III. bentuk atau jenis karangan
IV. kesilapan ejaan yang minimun
(A) I dan II sahaja
(B) III dan IV sahaja
(C) I, II dan IV sahaja
(D) II, III dan IV sahaja


19. Aspek penilaian kemahiran di atas merujuk kepada penilaian
(A) bahasa
(B) gaya bahasa
(C) bentuk bahasa
(D) struktur bahasa

20. Anda menilai hasil karangan murid anda secara analitikal.
Kekuatan yang ada pada permarkahan secara analitikal ialah
I mudah dinilai
II keboleh percayaan yang tinggi
III skema telah disediakan oleh penggubal soalan
IV dapat diperiksa oleh guru yang tidak mengajar bahasa Melayu

(A) I dan II sahaja
(B) II dan IV sahaja
(C) I,II dan III sahaja
(D) II,III dan IV sahaja

Penghargaan buat admin blog ini http://azaha83.blogspot.com



Selamat mengulangkaji...

Sunday, 4 March 2012

Tawakal Saja

Salam,
Sebulan sekali update...jadilah.

Jiran depan rumah che`leen, kisahnya. Jumaat lepas 2/3/2012..petang tu hujan lebat. Lepas maghrib hujan dah reda baru nampak dia parking motor kat depan rumhanya. Baru balik la tu. Dah salin baju, x pakai uniform. Pintu rumahnya terbuka sikit, tp grill nampak macam berkunci.

Lepas isyak, che`leen mengadap laptop sambil sembang2 dengan Encik Suami. Sesekali membuang pandang ke luar. Tak nampak kelibat jiran tu. Tidur kot.
Che`leen sedang buat assignment. Mencari bahan di internet la sambil bermuka buku. Diam tak diam dah pukul 12.00 pagi. Tak pe, esok cuti. Stay up lama sikit. Encik Suami pun dah bagi green light, sebab dah tolong buat bahan presentation untuk beliau.

Pukul 2.00 pagi, che`leen pun dah nak tutup lappy. Intai jap kat rumah jiran tu. Hah! Tak tutup pintu lagi! Jalan dah sunyi..orang berniaga pun dah tutup kedai. Selamat ke camtu? House mate dia pun entah ke mana.

Che`leen nak turun gi ketuk rumah dia ke? Oh tidak! Pukul 2 pagi beb, ibarat menyerah diri. Nak call? Nama dia pun che`leen x tau apatah lagi nombor telefon. Nama je jiran...

So, apa che`leen boleh buat, berdoa saja kpd ALLAH semoga semuanya selamat. Bismillahi tawakkal tu `alallah..