Sunday, 30 October 2011

diperhati dan memerhati

Masa che`leen berada di tingkatan enam bawah dulu di klang, che`leen suka sangat perhatikan perangai pelajar-pelajar lain, terutama semasa perhimpunan pagi sebelum masuk ke kelas. Macam-macam perangai.

Suatu pagi, hari Jumaat,entah macam mana mata che`leen terlekat pada seorang pelajar lelaki tingkatan 5. Dia seorang pengawas. Memakai baju melayu sepasang, berwarna putih dan kain sampin biru tua serta bersongkok. Yang lainnya dia ni, memakai kain sampin labuh hingga ke bawah lutut. Kerana kelainannya, dia menjadi subjek utama che`leen pada setiap pagi untuk diamati.

Seronok dapat tengok gelagat dia dicelah-celah pelajar lain, tanpa dia sedar. Orangnya hitam manis. Bila dia senyum dan gelak nampak ikhlas. Bila dia marah pun nampak ikhlas..he he. Lama juga che`leen perhatikan dia. Berbulan-bulan. Aktiviti harian setiap pagi, tanpa siapa pun tahu.



Suatu pagi, seperti biasa dengan misi che`leen, memerhatikan dia secara curi-curi, mata che`leen bertembung dengan pandangan mata dia. Gulp! Tak tertelan air liur rasanya. Dia tersengeh...alamak!

Saturday, 29 October 2011

a shoulder to cry on

Dulu hobi che`leen menulis dan membaca. Sejak mula bekerja, tambah lagi, che`leen suka melihat dan mendengar. Bila kita dipercayai untuk menjadi pendengar, kita boleh jadi pendengar yang dipercayai. Dengarlah tanpa prejudis. Simpanlah cerita mereka dalam lipatan rahsia.


Mata ingin membaca. Maka che`leen melihat dan membaca perwatakan kawan-kawan dan mula berfikir. Menyelusuri tingkah laku supaya senang mendampingi mereka.

Tapi, siapa yang akan mendengar che`leen..? Bahu siapa yang che`leen boleh tumpang menangis..? Justeru, che`leen menulis.



a shoulder to cry on...tidak semestinya seseorang, kan?

kita tak tahu kita boleh, sehinggalah kita buat

Salam,

Che`leen nak pergi kursus pagi ni. Tak naik kenderaan awam. Che`leen memandu sendiri ke sana. Dah 3 tahun che`leen memandu kereta. Apa yang seronok sangat nak cerita pasal memandu ni?

Saja, terkenang. Che`leen dapat lesen memandu masa umur 20 tahun. Konon temankan kakak. Che`leen lulus ujian memandu, kakak kena ulang. He he. Pada hal, dia lebih dahulu pegang streeng. Ronda-ronda dengan Nissan  abah, tanpa lesen. Tapi, che`leen memandu mungkin dua tiga kali je lepas tu. Tak berani nak menyeberang jalan, nak keluar simpang, berhenti dekat bukit..hu hu..seram! Lesen memandu che`lee, peram dalam purse. Tiap tahun tak pernah gagal `hidupkan`.

kereta abah dulu, macam nilah..

 Che`leen lebih suka naik pengangkutan awam. Bila dah kawin, Encik Suami kan ada. Anak-anak pun Encik Suami yang hantar ke sekolah. Tapi, bila Encik Suami sambung belajar, siapa nak uruskan semua tu?Masak..masak

Encik Suami belikan kembara auto lelong tapi masih dalam keadaan sangat baik. Maka belajarlah che`leen memandu semula dengan Encik Suami jadi gurunya. Garang! 2 hari je belajar sebab hari seterusnya dia dah mula masuk kuliah.

Pertama kali selepas begitu banyak tahun tidak memegang stering, sakit-sakit tangan, sebab takut terlepas. Kaki tangan menggigil semacam. Kawasan pemanduan pun sekitar rumah, sekolah dan pasar. temapt-tempat penting tu. Sekarang, alhamdulillah. Dah boleh memandu hingga ke Shah Alam, dah boleh keluar kawasan.


Kita tak tahu kita boleh buat sehinggalah kita melakukannya..kan?