Salam,
Che`leen nak pergi kursus pagi ni. Tak naik kenderaan awam. Che`leen memandu sendiri ke sana. Dah 3 tahun che`leen memandu kereta. Apa yang seronok sangat nak cerita pasal memandu ni?
Saja, terkenang. Che`leen dapat lesen memandu masa umur 20 tahun. Konon temankan kakak. Che`leen lulus ujian memandu, kakak kena ulang. He he. Pada hal, dia lebih dahulu pegang streeng. Ronda-ronda dengan Nissan abah,
tanpa lesen. Tapi, che`leen memandu mungkin dua tiga kali je lepas tu. Tak berani nak menyeberang jalan, nak keluar simpang, berhenti dekat bukit..hu hu..seram! Lesen memandu che`lee, peram dalam purse. Tiap tahun tak pernah gagal `hidupkan`.
kereta abah dulu, macam nilah..
Che`leen lebih suka naik pengangkutan awam. Bila dah kawin, Encik Suami kan ada. Anak-anak pun Encik Suami yang hantar ke sekolah. Tapi, bila Encik Suami sambung belajar, siapa nak uruskan semua tu?Masak..masak
Encik Suami belikan kembara auto lelong tapi masih dalam keadaan sangat baik. Maka belajarlah che`leen memandu semula dengan Encik Suami jadi gurunya. Garang! 2 hari je belajar sebab hari seterusnya dia dah mula masuk kuliah.

Pertama kali selepas begitu banyak tahun tidak memegang stering, sakit-sakit tangan, sebab takut terlepas. Kaki tangan menggigil semacam. Kawasan pemanduan pun sekitar rumah, sekolah dan pasar. temapt-tempat penting tu. Sekarang, alhamdulillah. Dah boleh memandu hingga ke Shah Alam, dah boleh keluar kawasan.
Kita tak tahu kita boleh buat sehinggalah kita melakukannya..kan?
No comments:
Post a Comment