Friday, 23 December 2011

Percutian Hebat!

Assalamualaikum warahmatullah..
Minggu kedua bulan Disember, tanpa perancangan dan bajet pun `ciput`, Encik Suami membawa che`leen dan anak-anak berjalan ke utara. Bermula dengan Perlis, singgah di Bukit Kayu Hitam, dah tidak sesibuk dan semeriah dulu. Setengah jam di sana, kami gerak ke Padang Besar sambil menikmati pemandangan ladang tebu.
'


Hari kedua, ke Padang Besar lagi. Anak-anak tak puas mencuci mata..he he.Kemudian ke Wang Kelian, dan berhenti rehat di Gua Kelam.





Hari ketiga, kami ke Pulau Pinang. Masuk ke Pulau Mutiara itu melalui Jambatan Pulau Pinang dan pulang dengan menaiki feri. Sempat juga menaiki tren Bukit Bendera yang begitu cepat sekarang, 4.5 minit untuk naik.






Hari keempat, kami ke Kuala Kangsar, menziarahi seorang kawan. Anak-anaklah yang paling gembira. Kebetulan musim buah, merasalah mereka memetik rambutan, memberi kambing makan, dan memancing ikan keli. Percutian ini, ala-ala `homestay`.

Latihan mengait buah rambutan

Kutip, jangan tak kutip..buah-buah rambutan yang jatuh..

Mari memancing...

Kak Ecah dapat ikan keli besar...



Memang `safe budget` sebab kami tak tidur di hotel atau chalet. Selama 4 malam itu kami menerima jemputan rakan-rakan baik encik Suami supaya tidur di rumah mereka. Dapat berjumpa dan bersembang setelah hampir 20 tahun tidak pernah bertemu, setelah masing tamat latihan dulu. Kepada sahabat-sahabat Encik Suami, kami mengucapkan berbanyak terima kasih.

No comments:

Post a Comment