Friday, 23 December 2011

Percutian Hebat!

Assalamualaikum warahmatullah..
Minggu kedua bulan Disember, tanpa perancangan dan bajet pun `ciput`, Encik Suami membawa che`leen dan anak-anak berjalan ke utara. Bermula dengan Perlis, singgah di Bukit Kayu Hitam, dah tidak sesibuk dan semeriah dulu. Setengah jam di sana, kami gerak ke Padang Besar sambil menikmati pemandangan ladang tebu.
'


Hari kedua, ke Padang Besar lagi. Anak-anak tak puas mencuci mata..he he.Kemudian ke Wang Kelian, dan berhenti rehat di Gua Kelam.





Hari ketiga, kami ke Pulau Pinang. Masuk ke Pulau Mutiara itu melalui Jambatan Pulau Pinang dan pulang dengan menaiki feri. Sempat juga menaiki tren Bukit Bendera yang begitu cepat sekarang, 4.5 minit untuk naik.






Hari keempat, kami ke Kuala Kangsar, menziarahi seorang kawan. Anak-anaklah yang paling gembira. Kebetulan musim buah, merasalah mereka memetik rambutan, memberi kambing makan, dan memancing ikan keli. Percutian ini, ala-ala `homestay`.

Latihan mengait buah rambutan

Kutip, jangan tak kutip..buah-buah rambutan yang jatuh..

Mari memancing...

Kak Ecah dapat ikan keli besar...



Memang `safe budget` sebab kami tak tidur di hotel atau chalet. Selama 4 malam itu kami menerima jemputan rakan-rakan baik encik Suami supaya tidur di rumah mereka. Dapat berjumpa dan bersembang setelah hampir 20 tahun tidak pernah bertemu, setelah masing tamat latihan dulu. Kepada sahabat-sahabat Encik Suami, kami mengucapkan berbanyak terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

kenapa?

Salam,

Bila nak tahu tentang sesuatu sebab musabab, orang mesti tanya `kenapa?`
Aduhh..! Che`leen kekadang lemas dengan soalan `kenapa` ni...

- Ada masa-masanya kita tak nak buat perkara tu, kita nak buat yang ini
..janganla tanya kenapa...boleh tak?
- Ada masa-masanya saya tak nak guna yg ini, saya nak guna yang itu..kalau tak tanya `kenapa`, tak boleh ke?
- Ada masa-masanya saya tak nak pergi ikut awak, saya nak buat kerja saya..janganlah tanya saya `kenapa?`..

(tapi...jika kita ikut saranan, cadangan, pelawaan,..tak pulak tanya `kenapa?`..kan?)

Wednesday, 23 November 2011

periksa peperiksaan

Salam,
17 hb November 2011, khamis, telah diumumkan keputusan UPSR. Alhamdulilah, anak che`leen dpt melepasi ujian pertama ini. Sekarang, dalam usaha mencari peluang menempatkannya ke sekolah-sekolah berasrama. Mudah-mudah, dapat mengubah cara dia belajar.

19 dan 20 November, che`leen pula menghadap peperiksaan. Sebelum tu, kawan-kawan dah emeilkan contoh-contoh soalan, pensyarah dah bagi tips, sedikit perbincangan dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dalam dewan. Kononnnya dah buat sehabis baik, tapi masih lagi ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu untuk dijawab. Tawakal sahajalah.

Wednesday, 16 November 2011

7.30 pagi - 4.30 petang

Salam,
Akan terlaksanakah waktu bekerja begitu untuk guru-guru. Kalu kena gayanya mungkin jadi.

Yang terfikir dalam kepala che`leen, kalau semua guru masuk kerja jam 7.30 pagi dan balik 4.30 atau 5.00 petang..harus jadi kesesakan jalan raya luar biasa terutama di bandar-bandar.

piinn!! pon! pon! pinn!!

Tuesday, 8 November 2011

salam eidul adha

Assalamualaikum,
Salam Eidul Adha, selamat menjalankan ibasah kurban dan selamat menunaikan ibadah haji. Semoga memperoleh haji mabrur.


Bila pula giliran che`leen nak menunaikan ibadah haji..umur semakin meningkat, kesihatan...hanya Allah yang tahu, walau tika ini che`leen, alhamdulillah, sihat. Semoga Allah permudahkan urusan che`leen dan menjemput che`leen ke Mekah Al Mukarromah..amin.

Tahun ini, che`leen hanya melihat sahabat seIslam menjalankan ibadah kurban. Dalam satu siaran televisyen berkenaan soal jawab kurban(hos Ustaz Redzuan Tee Abdullah)dan jua rancangan Tanyalah Ustaz, che`leen tertarik dengan persoalan, perkongsian seekor lembu/unta dalam ibadah kurban dan aqiqah. Che`leen memang dah tahu kita boleh kongsi seekor lembu/unta untuk kurban dan aqiqah dengan syarat cukup 7 bahagian atau 7 orang. Rupanya, seekor lembu boleh juga dikongsi untuk perkara lain seperti disedekahkan dan dibeli untuk dijual. Contohnya, 2 bahagian kurban, 1 bahagian aqiqah, 2 bahagian dibeli, 2 bahagian untuk disedekah.


Wallahualam..

Sunday, 30 October 2011

diperhati dan memerhati

Masa che`leen berada di tingkatan enam bawah dulu di klang, che`leen suka sangat perhatikan perangai pelajar-pelajar lain, terutama semasa perhimpunan pagi sebelum masuk ke kelas. Macam-macam perangai.

Suatu pagi, hari Jumaat,entah macam mana mata che`leen terlekat pada seorang pelajar lelaki tingkatan 5. Dia seorang pengawas. Memakai baju melayu sepasang, berwarna putih dan kain sampin biru tua serta bersongkok. Yang lainnya dia ni, memakai kain sampin labuh hingga ke bawah lutut. Kerana kelainannya, dia menjadi subjek utama che`leen pada setiap pagi untuk diamati.

Seronok dapat tengok gelagat dia dicelah-celah pelajar lain, tanpa dia sedar. Orangnya hitam manis. Bila dia senyum dan gelak nampak ikhlas. Bila dia marah pun nampak ikhlas..he he. Lama juga che`leen perhatikan dia. Berbulan-bulan. Aktiviti harian setiap pagi, tanpa siapa pun tahu.



Suatu pagi, seperti biasa dengan misi che`leen, memerhatikan dia secara curi-curi, mata che`leen bertembung dengan pandangan mata dia. Gulp! Tak tertelan air liur rasanya. Dia tersengeh...alamak!

Saturday, 29 October 2011

a shoulder to cry on

Dulu hobi che`leen menulis dan membaca. Sejak mula bekerja, tambah lagi, che`leen suka melihat dan mendengar. Bila kita dipercayai untuk menjadi pendengar, kita boleh jadi pendengar yang dipercayai. Dengarlah tanpa prejudis. Simpanlah cerita mereka dalam lipatan rahsia.


Mata ingin membaca. Maka che`leen melihat dan membaca perwatakan kawan-kawan dan mula berfikir. Menyelusuri tingkah laku supaya senang mendampingi mereka.

Tapi, siapa yang akan mendengar che`leen..? Bahu siapa yang che`leen boleh tumpang menangis..? Justeru, che`leen menulis.



a shoulder to cry on...tidak semestinya seseorang, kan?

kita tak tahu kita boleh, sehinggalah kita buat

Salam,

Che`leen nak pergi kursus pagi ni. Tak naik kenderaan awam. Che`leen memandu sendiri ke sana. Dah 3 tahun che`leen memandu kereta. Apa yang seronok sangat nak cerita pasal memandu ni?

Saja, terkenang. Che`leen dapat lesen memandu masa umur 20 tahun. Konon temankan kakak. Che`leen lulus ujian memandu, kakak kena ulang. He he. Pada hal, dia lebih dahulu pegang streeng. Ronda-ronda dengan Nissan  abah, tanpa lesen. Tapi, che`leen memandu mungkin dua tiga kali je lepas tu. Tak berani nak menyeberang jalan, nak keluar simpang, berhenti dekat bukit..hu hu..seram! Lesen memandu che`lee, peram dalam purse. Tiap tahun tak pernah gagal `hidupkan`.

kereta abah dulu, macam nilah..

 Che`leen lebih suka naik pengangkutan awam. Bila dah kawin, Encik Suami kan ada. Anak-anak pun Encik Suami yang hantar ke sekolah. Tapi, bila Encik Suami sambung belajar, siapa nak uruskan semua tu?Masak..masak

Encik Suami belikan kembara auto lelong tapi masih dalam keadaan sangat baik. Maka belajarlah che`leen memandu semula dengan Encik Suami jadi gurunya. Garang! 2 hari je belajar sebab hari seterusnya dia dah mula masuk kuliah.

Pertama kali selepas begitu banyak tahun tidak memegang stering, sakit-sakit tangan, sebab takut terlepas. Kaki tangan menggigil semacam. Kawasan pemanduan pun sekitar rumah, sekolah dan pasar. temapt-tempat penting tu. Sekarang, alhamdulillah. Dah boleh memandu hingga ke Shah Alam, dah boleh keluar kawasan.


Kita tak tahu kita boleh buat sehinggalah kita melakukannya..kan?